Beliau bagaimanapun mengakui tidak mempunyai sikap seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Berbeza seperti dirinya, Mahathir berkata, Najib memaksa rakyat menggunakan jalanan sebagai cara bagi menunjukkan kemarahan akibat mengekang hak mereka untuk bersuara.
“Kalau kita dapat perdana menteri yang baru saya yakin beliau akan sedar apa yang terjadi terhadap perdana menteri lalu yang salah guna kuasa seperti Najib lakukan.
“Mana-mana perdana menteri yang baru tidak akan buat seperti Najib,” kata Mahathir, ketika berucap dalam Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah Alam pada Ahad.
“Mereka boleh lakukan apa yang saya juga lakukan, saya juga diktator sebelum ini. tapi tidak apa, rakyat tidak demonstrasi seperti sekarang ketika saya jadi perdana menteri,” kata Mahathir.
“Pada saya Najib telah lakukan sangat teruk sehingga rakyat sanggup buat deklarasi,” katanya ketika sidang media selepas himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia.
Dr Mahathir semasa pemerintahannya menggunakan Operasi Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik tanah air pada 1987.
Dalam operasi itu seramai 106 ahli politik terutamanya pemimpin parti pembangkang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.
Najib pula menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA) dan Akta Hasutan terhadap pengkritiknya, terutamanya membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu dana derma politik bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.