Tun M sertai himpunan desak pembebasan Maria Chin

Beliau turut melaungkan ‘Bebas Maria’ bersama-sama 450 penyokong yang menghadiri himpunan tersebut.

Dalam masa yang sama, bekas perdana menteri itu juga turut berkata bahawa negara ini ditadbir kepimpinan kleptokratik.

“Beberapa pemimpin BERSIH ditangkap, bukan itu sahaja, mereka diseksa.

“Saya sedih apabila diberitahu Maria dikurung dalam penjara.

“Ini adalah perbuatan kejam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak…Orang-orang seperti ini tidak seharusnya menjadi perdana menteri,” katanya ketika menyampaikan ucapan beliau.

Maria Chin ditahan di bawah SOSMA pada Jumaat lepas.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ditahan di bawah Sosma yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

Himpunan sedemikian akan diadakan pada setiap hari sehingga Maria dibebaskan.

Related Articles