Tun M puji keberanian aktivis pelajar

Dalam surat yang disiarkan di laman Facebook Anis, Mahathir berkata beliau terganggu dengan tindakan tatatertib Universiti Malaya ke atas Anis kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (MO1).

“Seharusnya, pihak universiti tersohor di Malaysia menyokong keberanian dan keprihatinan saudari memperjuangkan masa depan negara dan anak bangsa.

“Saya dapati saudari amat jelas di dalam tindakan yang saudari ambil iaitu saudari bimbang akan masa depan negara dan generasi akan datang akibat daripada salah laku MO1,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saudari tidak bersendirian di dalam kebimbangan ini. Saya yang di penghujung usia mungkin akan terlepas menghadapi penderitaan angkara MO1,” katanya.

Beliau menyuarakan harapan agar Anis tabah menghadapi tindakan tatatertib yang dihadapi, sambil menambah perjuangan tanpa pengorbanan bukanlah perjuangan sebenar.

Minggu lalu, Anis dikenakan hukuman gantung enam bulan oleh panel tatatertib Universiti Malaya dan denda RM400 kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan tersebut. –Tamil Malar

Related Articles