Tun M perlu menghadap Sultan Johor segera

Cadangan dan gesaan itu disampaikan Presiden Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ), Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee di dalam satu sidang media yang di adakan di Johor Baharu.

“Kami berdiri teguh di belakang Sultan Johor yang mempertahankan gagasan bangsa Johor sebagai hak mutlak rakyat Johor yang tidak perlu dipertikaikan.

“Malah, bangsa Johor sememangnya sudah termaktub sebagai satu wadah yang diterima baik dalam menyatupadukan rakyat Johor tanpa mengira keturunan dan etnik.

“Ia juga adalah satu keunikan yang hanya wujud di Johor dan menjadi jati diri anak Johor dan walaupun rasa jati diri ini begitu teguh dan utuh, tidak pula anak-anak Johor menidakkan semangat patriotisme kebangsaaan,” katanya pada Selasa.

Syed Hussien berpendapat, tidak salah jika rakyat negeri ini mengambil konsep bangsa Johor sebagai identiti kenegeriaannya kerana setiap orang tidak boleh lari dari mana asal mereka kerana ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

“Begitu ramai anak Johor yang berjaya dan tersohor di peringkat nasional dan global. Mereka mengaitkan diri mereka sebagasai bangsa Johor dan pada masa yang sama mereka adalah anak Malaysia.

“Kami bangsa Johor yang bernaung di bawah sultan kami yang adil demi kesejahteraan Johor satu konsep seharusnya diteladani oleh negeri lain dan juga digunapakai di peringkat nasional dalam usaha menyemai perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan etnik,” katanya.

Related Articles