Tun M bimbang Muhyiddin condong ke arah PKR

Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan bakal menggalas jawatan Presiden parti baru tersebut kini ‘condong’ ke arah PKR.

Kesediaan Muhyiddin untuk bersama-sama PKR menyertai siri jelajah ceramah yang akan diadakan parti itu membuktikan beliau cenderung kepada PKR.

“Mungkin juga kerana ingin mengambil jalan pintas disebabkan PKR sudah mempunyai ahli yang ramai berbanding parti baharu yang masih terumbang-ambing,” kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Ujar Puad, sehingga kini parti tersebut sekadar dilancarkan sahaja oleh bekas-bekas UMNO, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau dalam pada itu turut mengulas dakwaan Shafie mendakwa Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang selepas lebih 2,000 ahli UMNO Sabah kini bertindak keluar parti.

“Beliau (Mohd. Shafie) memberi contoh kehadiran lebih 2,000 orang dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Sabah baru-baru ini sebagai petanda UMNO akan ‘bungkus’ di situ. Dalam soal ini, mungkin beliau salah faham, yang datang ramai itu adalah kerana mereka hendak beraya.

“Kebenarannya ialah mereka gagal cari ahli untuk sertai parti itu. Dalam soal mendapatkan lebih sejuta tandatangan dalam Deklarasi Pembangkang sebelum ini, ia turut menimbulkan persoalan kerana kebanyakan tandatangan yang dikumpul itu dipersoalkan ketulenannya,” katanya. – Utusan Malaysia

Related Articles