Tujuh wanita Indonesia mangsa sindiket pemerdagangan manusia diselamatkan

Kesemua wanita berusia antara 21 hingga 31 tahun itu telah dijadikan sebagai pelacur di rumah tumpangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, hasil pemeriksaan lanjut, wanita terbabit masing-masing ditemui berada di dalam setiap bilik rumah itu.

“Kita turut menahan seorang lelaki yang merupakan penjaga premis dan seorang pelanggan.

“Dalam serbuan tersebut, kita turut merampas 14 keping kondom, tujuh gulung tisu, pelincir dan buku nota bertulis angka-angka disyaki jumlah bayaran kegiatan pelacuran,” katanya, memetik laproan Kosmo Online.

Related Articles