Trak rempuh Christmas Market di Berlin, 12 terkorban

Rempuhan yang berlaku di Christmas Market di Breitscheidplatz Square, Kurfuerstendamm Avenue itu berlaku malam semalam dan pemandu treler traktor itu sudah ditahan pihak berkuasa.

Wisma Putra melalui kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.

“Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan trak di Berlin, Jerman pada 19 Disember 2016.

“Kedutaan Besar Malaysia di Berlin melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan telah memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar Berlin berhubung kejadian tersebut,” memetik kenyataan tersebut.

Pihak pegawai penyiasat di Berlin sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden tersebut yang dipercayai mereka sebagai satu serangan keganasan.

Related Articles