Timbalan Perdana Menteri mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas selesai menunaikan solat sunat Tarawih berjemaah di masjid berkenaan.
Beliau berkata peruntukan itu diharap mampu meningkatkan mutu prasarananya, sekali gus memberi keselesaan kepada jemaah.
Beliau akui usaha meningkatkan prasarana rumah ibadat umat Islam adalah satu keperluan, namun yang lebih utama adalah pengisiannya.
“Bangunan penting tetapi yang lebih penting adalah pengisian dalam masjid. Ia perlu diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan.
“Contohnya pada bulan Ramadan, bukan saja solat Tarawih tapi program-program lain yang bermanfaat kepada masyarakat setempat. Gunakanlah madrasah dan masjid ini untuk kita sama-sama melatih sahsiah menjadi manusia lebih baik,” katanya.
Beliau turut mengajak seluruh anggota parti politik supaya menggunakan pentas Pilihan Raya Kecil (PRK) ini sebagai medan membentuk politik matang dengan menjaga akhlak, mulut dan hati.
Tuntutan itu adalah selari dengan kehadiran bulan mulia Ramadan ini, yang mana umat Islam perlu menjaga akhlak, mulut dan hati, supaya ia dapat diteruskan selepas Ramadan
Terdahulu dalam lawatannya ke Kuala Kangsar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK), Ahmad Zahid melawat Pusar Daerah (PDM) Mengundi Ulu Kenas dan kemudiannya menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Raja Chulan.
Kemudian Timbalan Perdana Menteri melawat bazar Ramadan di Lembah Sayong sebelum berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Senggang.