Tony Pua menghidap amnesia paling teruk, kata 1MDB

by SM Amin

Memetik kenyataan syarikat pelaburan strategik itu pagi ini, 1MDB menjelaskan bahawa dakwaan yang dikeluarkan Pua pagi ini merupakan satu muslihat lamanya dengan mengitar semula tuduhan-tuduhan sebelum ini. 

Kenyataan ini melibatkan tuduhan Pua mengenai dakwaan pemindahan AS$1.4 bilion ke sebuah syarikat British Virgin Islands (BVI) yang telah dijelaskan oleh 1MDB semalam. 

“1MDB telah menjelaskan sebelum ini mengenai tujuan USD1.4 billion dibayar kepada Aabar. Malah, tujuan mengenainya telah dijelaskan secara telus dan jelas di dalam penyata kewangan 1MDB 24 (a), muka surat 96 bertarikh 31.03.2013 dan juga 23(a), muka surat 101 pada penyata audit kewangan 1MDB yang bertarikh 31.03.2014. 

“Apa yang lebih penting, semua pembayaran dilakukan oleh syarikat, 1MDB telah menyediakan maklumat yang lengkap beserta penjelasan dan disertakan sekali dengan dokumen sokongan kepada Jabatan Ketua Audit Negara. Tambahan, 1MDB juga telah menjelaskan mengenai semua transaksi dalam prosiding PAC. 

“Yb Tony Pua adalah ahli PAC yang mana beliau mempunyai segala maklumat yang beliau perlukan malah beliau juga mempunyai peluang untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk ditanyakan kepada 1MDB sepanjang prosiding berlangsung. 

“Oleh itu, jelas sekali Tony Pua mempunyai amnesia yang paling teruk atau yang paling hebat sekali. Beliau masih menggunakan muslihat lamanya drngan mengitar semula tuduhan dan bertanya soalan yang beliau sendiri sudah mempunyai jawapan untuk berusaha mengelirukan  orang awam,” memetik kenyataan 1MDB yang diedarkan hari ini. 

Pua sebelum ini bahawa penafian satu perenggan oleh 1MDB berhubung dakwaan mengenai penglibatannya dalam menyediakan dana untuk filem Hollywood ‘The Wolf of Wall Street’, dianggap sebagai tidak memadai.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, syarikat pelaburan kerajaan itu perlu menjelaskan mengenai dakwaan pemindahan AS$1.4 bilion ke sebuah syarikat British Virgin Islands (BVI).

Related Articles