15
Berdasarkan kepada status pengguna berkenaan yang dikenali sebagai Ejat Arjuna pada pada 29 Mac lalu, dia merasa terkejut apabila Ahmad secara tiba-tiba menawarkan diri untuk mengambil gambar mereka.
“Pada ketika itu, isteri saya sedang terkial-kial untuk meletakkan kamera bagi membuat ‘timer’ supaya gambar kami sekeluarga dalam satu percutian diambil secara automatik.
“Bagaimanapun, Tok Mat yang kebetulan berada di situ dengan selamba menawarkan diri untuk mengambil gambar kami sekeluarga,” kata Ejat Arjuna, merujuk kepada panggilan Ahmad.
Ejat Arjuna berkata, tujuan dia berkongsi status ini dilaman media sosial untuk menunjukkan bahawa segala apa yang diwar-warkan oleh masyarakat berkenaan kontroversi yang melanda Tok Mat adalah tidak seteruk yang disangka.
“Sangat rare untuk seorang bertaraf menteri berbuat demikian dan siap boleh borak bagai,”kata Ejat Arjuna, memetik laman Facebook miliknya.