TN50: Anwar lihat visi Najib tidak kemana

Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dengan mendakwa negara berada dalam keadaan yang tidak baik melibatkan penyalahgunaan kuasa dan juga tata kelola yang disifatkan beliau lemah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan TN50 dan juga Bajet 2017 yang baru dibentangkan Najib pada Jumaat lalu.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsi pandangannya berhubung Bajet 2017.

“Soalnya (sekarang ini, belanjawan) defisit besar..kita boleh umum, tetapi wang itu daripada mana? Itu pokoknya

“Dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, harus ditangani. Kita tidak boleh urus belanjawan dalam keadaan pembaziran begini dan ekonomi meleset.

“Masalah-masalah rakyat (seperti) harga barang, pelaksanaan projek..ini yang lebih penting.

“(Masalah seperti) kebocoran, ketirisan..ini tidak ditangani,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahakamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis.

Related Articles