Tiong Lai tetap letak jawatan jika RUU 355 diluluskan Parlimen

Sambil menegaskan sebarang rang undang-undang persendirian tidak harus diberikan sokongan, beliau berkata, usul rang undang-undang itu juga tidak seharusnya dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya tetap dengan pendirian seperti sebelum ini sekiranya rang undang-undang itu diluluskan maka saya akan letak jawatan. Apa yang lebih penting adalah saya akan tetap mendesak rang undang-undang itu tidak harus dibentangkan oleh Abdul Hadi.

“Malah sebarang rang undang-undang yang mahu diluluskan di Parlimen haruslah daripada kerajaan. Jadi kerajaan perlu menggantikan rang undang-undang persendirian itu,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, di ibu negara pada Rabu.

Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dijangka dibentangkan esok untuk bacaan kali kedua oleh Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang, memetik Utusan Online.

 

Related Articles