Tindakan tegas untuk pelajar tajaan MARA sertai himpunan haram

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian namun menejlaskan pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan berkenaan perkara terbabit.

“Mana-mana pelajar tajaan MARA yang menyertai perhimpunan haram kami akan ambil tindakan,” katanya selepas menghadiri program ‘Moh Ngeteh’ Hari Kebangsaan kementeriannya di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Isnin.

Ismail Sabri berkata, program Moh Ngeteh, atau ‘mari minum teh’, adalah untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan lebih 500,000 warga kementerian itu termasuk jabatan dan agensi serta organisasi di bawahnya seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di seluruh negara.

Beliau berkata, program itu, yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini, turut melibatkan 40 Pusat Transformasi Luar Bandar dan pelajar tajaan Mara di luar negara.

Related Articles