Pengerusinya, Datuk Abd. Aziz Nawi berkata, penguatkuasaan itu termasuk mengetatkan kawalan di beberapa laluan masuk ke Kelantan dari kawasan sempadan tersebut.
“Soal keselamatan ini tidak boleh dikompromi. Apa lagi sehingga mengorbankan nyawa anggota penguat kuasa. Aktiviti penyeludupan perlu ditangani secara tegas agar penyeludup tidak berani untuk melakukan aktiviti haram itu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Abd Aziz mengulas kejadian pegawai kanan wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Anisah Ali, 54, yang koma sejak Jumaat lalu selepas kenderaan yang dinaiki bersama dua rakannya dirempuh kenderaan tonto di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, meninggal dunia pukul 11.15 malam Sabtu.
Kenderaan JKDM itu dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tonto ketika tiga pegawai kastam terbabit sedang mengekori sebuah kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup. – Bernama