Pendapat ini dilontarkan Pemimpin veteran MIC, Tan Sri K.Kumaran, lapor Malaysia Nanban.
“Sekiranya persempadanan semula ini diteruskan, permuafakatan sesama kaum dan kestabilan politik negara mungkin akan tergugat.
Jika suatu komuniti menjadi suara minoriti di sesebuah negara hilang peluang bertanding, maka ia akan ditolak ke belakang mengikut sejarah.
“Disebabkan bilangan populasi komuniti India semakin berkurangan, pemikiran berubah sehingga wujud parti dan pemimpin India setiap hari.
“Dalam keadaan begini, kini wujud situasi bahaya untuk hak asasi.
“Siapa harus dipertanggungjawabkan, pemimpin kita kemahiran bertutur sudah berkurangan? atau nak bersuara dinafikan?,” katanya lagi.
Tindakan SPR ini katanya, bakal menyebabkan komuniti India lama kelamaan akan dipinggirkan dari politik tanahair dan ia perlu diberi perhatian oleh pemimpin politiik di sini.
Katanya lagi beliau kagum memikirkan tentang pemimpin-pemimpin bersejarah MIC sejak 1946 lagi. – Malaysia Nanban