Majlis menandatangi perjanjian itu sepatutnya berlangsung hari ini pada sesi akhir majlis konvensyen pakatan harapan di Shah Alam.
Khairuddin yang juga Bekas Naib Ketua UMNO bahagian Batu Kawan menyifafkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi kesan kepada keyakinan rakya terhadap blok pembangkang itu.
“(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sepatutnya teruskan dengan menandatangani perjanjian dengan semua parti-parti dari pakatan harapan terlebih dulu esok bagi membuktikan kepada 30 juta rakyat Malaysia bahawa perpaduan sesama blok pakatan amat mantap kali ini.
“Rakyat akan lebih yakin sekiranya dapat melihat satu perjanjian secara formal boleh ujud di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP.
“Permohonan dari Parti Bersatu (PPBM) untuk menangguhkan perjanjian di konvensyen pakatan harapan esok (hari ini) di Shah Alam boleh meninggalkan sedikit kesan kurang yakin di kalangan rakyat jelata terhadap blok pakatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Muhyiddin sebelum itu menurut laporan sebuah portal berita mahukan penagguhan itu kerana mahu mengadakan perbincangan untuk membawa masuk PAS kembali ke blok pakatan itu.
Sementara itu Khairuddin berkata, keputusan Muhyiddin itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah beliau sudah menduga perkara itu akan berlaku.
Khairuddin yang sebelum inin membuat keputusan meninggalkan PPBM berkata, sejak awal lagi sudah nampak kecenderungan Muhyiddin menagguhkan perkara itu.
“Malahan Muhyiddin tidak terlibat dalam gerakan ‘Deklarasi Rakyat’ yang dianjurkan serta diterajui oleh Dr Mahathir Mohamad sebelum wujudnya PPBM.
Mungkin atas faktor ini keserasian Muhyiddin dengan parti daripada pakatan harapan agak dingin.
“Di kala itu, Muhyiddin kurang membabitkan dirinya dengan ‘Deklarasi Rakyat’ dan sudah nampak kurang selesa dengan parti DAP,” katanya.