Time: Nasi lemak antara 10 makanan paling sihat dunia

 

Makanan tradisi rakyat Malaysia, nasi lemak disenaraikan antara 10 makanan paling sihat di dunia oleh majalah TIME.

Menurut laporan majalah itu,hidangan paling laris ketika sarapan itu mengandungi pelbagai khasiat untuk badan manusia.

“Biarpun makan itusedikit berlemak, ia seimbang kerana kaya dengan sumber protein dan karbohidrat.

“Cili dalam sambal yang dihidang bersama nasi lemak juga dapat meningkatkan matabolisme seseorang,” menurut majalah berpengkalan di New York itu.

Selain itu, faktor hidangan sampingan yang sering disertakan bersama nasi lemak turut menyokong fakta tersebut.

Telur rebus mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi, timun kaya dengan asid folik, vitamin C dan K sebagai nutrien; ikan bilis sebagai sumber protein dan kalsium dan kacang tanah yang mempunyai vitamin larut lemak yang tinggi.

Walaupun disenaraikan sebagai antara makanan paling sihat, kuantiti pengambilannya perlu dikawal supaya badan tidak menghidapi penyakit akibat kolesterol berlebihan.

Related Articles