WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang bersidang pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) yang akan memberi pemilik TikTok ByteDance kira-kira enam bulan untuk menarik balik Tiktok di negara itu atau berdepan pengharaman.
RUU itu diluluskan dengan undi 352-65, dengan 15 undi dari parti Republikan manakala 50 undi dari parti Demokrat yang menentang.
Bagaimanapun, ia menghadapi laluan tidak menentu di Dewan Senat yang mana mengambil pendekatan berbeza untuk mengawal selia aplikasi milik asing yang menimbulkan kembimbangan keselamatan.
Pun begitu, setakat ini, belum ada sebarang kenyataan atau perincian mengenai langkah seterusnya selepas RUU itu diluluskan.
Media sebelum ini yang berkata, Presiden AS, Joe Biden akan menandatangani RUU itu, yang dikenali secara rasmi sebagai ‘Melindungi Orang Amerika daripada Akta Aplikasi Kawalan Musuh Asing’ menjadi undang-undang.
Langkah yang diluluskan secara sebulat suara melalui jawatankuasa minggu lalu mengkehendaki syarikat induk TikTok, Bytedance menjual aplikasinya itu dalam tempoh 180 hari atau akan disekat di stor aplikasi Apple dan Googe di AS.
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew yang kini berada di Washington berkata, pihaknya cuba menyokong sokongan untuk menghentikan RUU itu.TikTok mempunyai lebih 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada waktu ini.