Tiga maut, lapan cedera dalam kemalangan

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abd Aziz berkata, mangsa yang maut adalah pemandu Toyota Avanza, Hamidi Mohd Nor, 50, dan pemandu Perodua Myvi, M Viswanaath, 26, serta penumpang, G Premkumar, 19, akibat mengalami kecederaan parah.

“Dua lagi penumpang Perodua Myvi yang cedera parah iaitu M Sargunam, 18, dan K Stevenraj, 26, dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI), untuk menerima rawatan selanjutnya.

“Manakala, penumpang Toyota Avanza iaitu Miskiah Satar, 44, Nurhaziqah Hamidi, 12, dan Mohd Hafiz Hamidi, 17, yang tidak mengalami kecederaan serius turut dirawat di HSI,” katanya.

Jokhiri berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dipandu Viswanaath dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Avanza yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Related Articles