Tiga mangsa amuk selamat dikebumi dalam satu liang lahad

Ketiga-tiga jenazah yang juga anak beranak itu telah dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam Malim, Melaka.

Mangsa iaitu Hassan A Wahab 72, isterinya Mariah Baharin 61 dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq Hassan 22 telah ditemui tidak bernyawa setelah dikelar oleh saudara angkat mereka pada pagi semalam.

Ekoran daripada kejadian itu menyebabkan tiga lagi mangsa cedera yang mana dua daripadanya sedang parah dan dirawat di Hospital Melaka.

Sementara itu, suspek yang merupakan seorang lelaki berumur 26 tahun itu kini direman tujuh hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi tengah hari tadi.

Siasatan ke atas suspek itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan dijalankan sehingga perintah reman berakhir 1 September ini.

Related Articles