Tiga lelaki dibebaskan selesai siasatan SPRM

Mereka yang dibebaskan ialah bekas pengarah perolehan sebuah bank berkaitan rakyat dan dua pengarah syarikat penerbitan.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman membebaskan mereka selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan siasatan yang mempunyai kaitan dengan penyelewengan dana sebanyak RM15 juta.

Dalam pada itu, peguam kepada salah seorang pengarah syarikat tersebut, Abi Mursyidin Awal berkata, anak guamnya dibebaskan dengan jaminan secara lisan oleh pihak SPRM.

“Pihak penyiasat telah berpuas hati dengan siasatan dan tiada sebarang permohonan untuk menyambung semula reman,” katanya, memetik Kosmo Online.

Related Articles