Tiga kampung di Bagan Datoh dinaiki air

Beliau berkata air pasang yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi menyebabkan tiga kawasan dilimpahi air iaitu Bagan Lipas, Bagan Pasir dan Kampung Kota.

“Setakat ini tiada kediaman yang terlibat dengan banjir kerana air pasang kembali surut selepas subuh.

“Air sekadar melimpah di kawasan laman rumah penduduk,” katanya kepada Bernama.

Di daerah Kerian dan Taiping, tidak berlaku limpahan air, walaupun hujan lebat turun pada awal pagi.

“Tiada limpahan air melepasi ban pemecah ombak di perkampungan nelayan sekitar Kuala Kurau,” kata Pengerusi Jawatankuasa Banjir Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri dan menambah air pasang surut dengan cepat.

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk Perak mulai hari ini sehingga Jumaat depan. – Bernama

Related Articles