Tiga Kadar Zakat Fitrah Di Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara Wilayah Persekutuan Kali ke-143 menetapkan tiga kadar zakat fitrah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, bayaran RM7 dikenakan ke atas pengguna beras super special tempatan dan beras import biasa iaitu kekal sama tahun lalu.

Manakala RM15 seorang bagi pengguna beras import premium dan RM22 seorang bagi pengguna beras basmathi yang menyaksikan masing-masing meningkat RM1 berikutan kenaikan harga semasa.Bagi memudahkan orang ramai menunaikan tuntutan membayarzakat fitrah pada tahun ini, seramai 75 orang Ketua Penolong Amil dan 867 Penolong Amil telah dilantik.

“Zakat fitrah juga boleh ditunaikan menerusi amil-amil yang dilantik oleh MAIWP yang akan membuka kaunter-kaunter kutipan di pelbagai lokasi di sekitar Wilayah Persekutuan.

“Termasuk 11 kaunter zakat PPZMAIWP, selain di masjid-masjid, surau-surau, pasar raya dan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai di seluruh Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Persidangan Pengurusan Masjid Dan Surau, Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan Dan Tauliah Amil Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/2024M di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Pada majlis itu Mohd. Naim turut menyampaikan tauliah Amil Zakat Wilayah Persekutuan disampaikan kepada Ketua Penolong dan Penolong Amil.

Related Articles