Tiga individu mengaku diugut Sanjeevan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga mereka mendakwa turut di ugut oleh Sanjeevan sebelum ini.

Bagaimana kata Khalid, pihaknya tidak bercadang untuk membuat pendakwaan ke atas pengadu dan mereka dilindungi sebagai saksi.

“Beliau adalah seorang pemberi maklumat yang telah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi,” kata Khalid.

Sanjeevan ditahan polis Rabu lalu selepas seorang lelaki yang dikatakan mempunyai perniagaan judi haram membuat aduan Sanjeevan telah mengancam untuk mendedahkannya dalam talian sekiranya tidak membayar wang perlindungan.

Polis kini sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan perlindungan saksi kepada tiga yang lain yang mendakwa mereka diperas ugut oleh Sanjeevan.

Related Articles