Tiga beranak maut, empat parah kemalangan babitkan tiga kenderaan

Dalam nahas sekitar pukul 1.15 pagi itu, pasangan suami isteri, Muhammad Syafiq Isyammuddin, 25, serta isterinya, Nurul Nadia Baharizan, 28, dan anak mereka berusia dalam lingkungan dua tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kereta yang dipandu Muhammad Syafiq bertembung dengan sebuah kenderaan semasa mengelak sebuah lagi kereta.

“Rempuhan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar daripada kereta sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan empat lagi mangsa lain mengalami cedera parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya memetik laporan Kosmo Online.

Related Articles