Tiga beranak mati dipercayai dibunuh dalam pangsapuri

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa, Cheah Hing Soon, 34 , ditemui mati di dalam bilik utama dalam keadaan terbaring manakala bayi lelaki berusia tujuh bulan dan anak perempuan berusia tiga tahun ditemui dalam bilik berasingan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapti, kanak-kanak dan bayi ditemui dalam dua bekas plastik di bilik terbabit. Pemeriksaan awal mendapati mayat bayi lelaki tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan pada badan.

“Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya kepada media pada Isnin.

Jelasnya kesemua mayat kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Related Articles