Tidak “U-Turn”

by SM Amin

Tetapi bukankah selama ini DAP berpendapat apa yang terjadi kepada negara hari ini semuanya adalah perbuatan Najib sendiri? Kesediaan Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan Najib, benar-benar di luar imaginasi rakyat malah amat sukar untuk difahami. Tetapi jika difikirkan lagi, perkara ini sebenarnya tidak begitu sukar untuk difahami.

Selepas DAP dan PAS berpecah, baru-baru ini Lim Kit Siang mendakwa bahawa kedua-dua pihak masih boleh bekerjasama dengan syarat PAS sudah bersiap sedia dengan syarat rundingan? Walaupun DAP tahu bahawa PAS tidak mungkin akan bertolak ansur dengan matlamat untuk melaksanakan hudud, tetapi jika syarat tersebut dipersetujui menjadi konsensus maka kedua-dua pihak boleh bekerjasama.

Tetapi Lim Kit Siang pernah menyebut satu perkara yang sukar untuk membuatkan orang lupa mengenainya. Semasa berlaku banjir di Kelantan, Lim Kit Siang mengkritik MB Kelantan terperangkap dalam banjir sehingga sukar untuk keluar memberi bantuan, kualiti dan keupayaan sebegini, bagaimana untuk bekerjasama? Jika boleh bekerjasama dengan pemimpin dan parti yang dianggap tidak menjaga kepentingan rakyat, maka apa salahnya jika Lim Kit Siang mahu bekerjasama pula dengan Najib?

Bekas PM, Mahathir Mohamad yang cenderung kepada agama dan perkauman, memerintah negara selama 22 tahun, tidak dapat dikira dengan tangan berapa kali Lim Kit Siang mengutuk dan mengecam beliau. Tetapi demi untuk menyelamatkan negara, semua yang sudah lalu tidak perlu lagi diacuhkan kerana menyelamatkan negara adalah paling utama. Jika Lim Kit Siang boleh bekerjasama dengan Tun Mahathir, maka tidak menjadi masalah untuk bekerjasama dengan Najib. Demi untuk menyelamatkan negara, Lim Kit Siang tidak membuat “U-Turn”. – Kwong Wah Yit Poh

Related Articles