Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan, Arvind Krishnan melontarkan amaran itu dan menegaskan myPPP tidak berhak bercakap tentang MIC.
“Apa keperluan Presiden myPPP, Tan Sri Kayveas untuk komen mengenai MIC, kononnya berpecah dua.
“Ini satu hal yang tidak seharusnya dicampuri Kayveas dan juga Sathia,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan sumbangan Kayveas selama ini dan tidak layak menyoal kredibiliti MIC yang sudah memperjuangkan hak kebajikan masyarakat India lebih 7 dekad.
Jelasnya komuniti India akan bermanfaat dan terlindung sekiranya setiap pemimpin memainkan peranannya kepada masyarakat tanpa mengutuk atau mengecam pihak lain.
“Tindakan myPPP mengutuk MIC adalah melampau dan saya minta Barisan Nasional bertindak ke atas parti itu yang mengutuk rakan sekutu BN sendiri,” katanya. – Tamil Nesan