Tidak perlu jawab soalan berkaitan DoJ

Beliau membuat keputusan itu bagi mengelak persepsi bahawa menteri berkenaan dituduh tidak menjawab soalan yang dikemukakan sedangkan soalan tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah.

“Setelah meneliti isi kandungan pertanyaan-pertanyaan tersebut, saya mendapati bahawa ia perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah ataupun subjudis, maka menteri yang berkenaan tidak perlu jawab kepada perkara-perkara tersebut,” katanya selepas selesai sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Rakyat, pada Isnin.

Katanya keputusan itu tidak dibuat secara terburu-buru dan telah mengambil kira aspek perundangan.

Pandikar Amin berkata beliau juga akan memaklumkan keputusan itu secara bertulis kepada anggota Dewan Rakyat yang mengemukakan soalan berkaitan tindakan sivil DoJ berkenaan.

Pada Julai lepas, DoJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan. – Bernama

Related Articles