Tidak akan berundur, parti baru akan ditubuhkan – Ramalingam

Beliau berkata, terdapat lebih 600 cawangan MIC yang menyokong Datuk Seri G.Palanivel dan menubuh parti baharu adalah keinginan semua orang.

“Biar yang 600 ketua cawangan membuat pilihan samada hendak menyertai partu baharu atau pulang balik ke MIC.

“Walau apa-apa pun, kami tetap akan menubuh parti baharu. Kami sudah memaklumkan mengenai penubuhan parti baharu itu kepada Palanivel dan kerja-kerja asas untuk menubuh parti baharu itu sedang giat dijalankan,” katanya.

Tambah beliau, hanya beberapa orang sahaja menyertai kepimpinan Datuk Sothinathan dan masih ada 600 cawangan berada di bawahnya.

“Ketua-ketua cawangan juga berkata mereka sedia nak menyertai parti baharu kami jika ia ditubuhkan,” katanya. – Makkal Osai

Related Articles