14
Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama sehari itu dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang tidak menghantar wakilnya.
Pada mesyuarat yang bermula 11.15 pagi itu, raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing kecuali Kelantan yang diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Semua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah hadir pada mesyuarat itu dengan diiringi Ketua Menteri masing-masing manakala Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. – Bernama