Tiada salahnya cadangan wujud kad Bangsa Johor, kata Salahuddin

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddi Ayub berkata, kad pengenalan Bangsa Johor yang bercirikan seperti kad istimewa yang memberikan kemudahan semasa berurusan seperti permohonan pemilikan hartanah, pinjaman biasiswa dan urusan pemilikan harta pusaka serta perubatan bagi rakyat negeri itu.

“Apa salahnya cadangan untuk Bangsa Johor memiliki satu identiti yang tersendiri selagimana ianya tidak melanggari prinsip dan semangat Perlembagaan negeri Johor dan Persekutuan.

“Memiliki identiti negeri sebagai satu keistimewaan adalah perkara biasa yang diamalkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada,” katanya.

“Oleh yang demikian saya tidak melihat isu pengenalan Bangsa Johor ini adalah satu tindakan yang menyalahi Perlembagaan malahan ianya boleh menjadi pemudahcara rakyat negeri Johor berurusan di negeri ini.”

Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor Ahmad Asri Khalbi membuat laporan polis berhubung pengeluaran kad identiti Bangsa Johor, seperti yang sedang tular di media sosial.

Kerajaan negeri Johor juga menafikan pernah mengeluarkan kad identiti Bangsa Johor tersebut.

Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani berkata, setakat ini tidak ada mana-mana pihaknya termasuk jabatan kerajaan negeri mengeluarkan kad terbabit.

Menerusi status seorang lelaki di akaun Twitter memberikan maklumat supaya orang Johor yang masih belum mendapatkan kad berkenaan boleh mendapatkannya segera.

Dalam kad itu turut dipaparkan nombor kad pengenalan Malaysia dan dibawahnya terdapat nombor Identiti Bangsa Johor.

Selain itu, kad berkenaan kononnya boleh dijadikan sebagai kad debit untuk membuat pembelian dan membeli-belah.

Di bahagian belakang kad pula, tertera alamat pemegang kad dan nama waris terdekat termasuk penyataan bahawa kad berkenaan adalah untuk pengesahan pengenalan bangsa Johor.

Susulan laporan polis tersebut, seorang lelaki telah ditahan pihak polis.

Related Articles