Tiada kepentingan peribadi dalam rancangan pengangkutan di P.Pinang – Exco

Exco negerinya, Sow Koon Yew berkata, pihak kerajaan negeri tidak bertindak secara berkepentingan peribadi dalam mentrasnformasikan jaringan pengangkutan awam di negeri itu.

Segala kajian pelaksanaan projek mega itu selain jumlah kenderaan telah dinilai dan dikaji oleh Konsortium SRS, serta telah melakukan rundingan bersama badan bukan kerajaan (NGO).

Reka bentuk kajian ini ditentukan dengan tunjuk ajar seperti yang dinasihatkan oleh syarikat kejuruteraan antarabangsa bertaraf global iaitu CH2M.

Perkara berkenaan juga telah diserahkan kepada USM yang dilantik sebagai pihak bertanggungjawab untuk menjalankan kajian menyeluruh terhadap kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Mereka mencadangkan pelaksanaan projek LRT, BRT dan laluan KTM dan untuk pelan BRT, jalan sedia ada perlu dilebarkan lagi dan untuk itu jalan-jalan di Pulau Pinang perlu dinaik taraf semula.

Projek mega pengangkutan Pulau Pinang adalah projek untuk mengurangkan kesesakan teruk yang semakin merunsingkan rakyat di negeri berkenaan. – Tamil Nesan.

Related Articles