Tiada guna kerjasama kalau PPBM tidak diberi kerusi – Muhyiddin Yassin

by SM Amin

Meskipun PPBM baru sahaja ditubuhkan kata Muhyiddin, rakan-rakan komponen dalam Pakatan Harapan tidak seharusnya menjadikan PPBM sebagai parti sokongan sebaliknya memberi peluang untuk bersama bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga mahu Pakatan Harapan tidak hanya sekadar memberikan PPBM kerusi untuk bertanding sebaliknya memberikan kerusi di kawasan-kawasan yang boleh dimenangi.

“Sebagai parti baru kita ingatkan diri kita, kita belum ada kerusi lagi, kita minta kawan-kawan kiri dan kanan menimbangkan ruang.

“Kalau tidak, tidak ke mana muafakat kita ini kalau hanya membantu dari bawah dan tidak memberi bantuan dari segi kawasan-kawasan yang kita boleh menangi,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di sini.

Beliau berkata demikian selepas selesai majlis menandatangani persefahaman diantara Pakatan Harapan dan PPBM di sini. Turut hadir Ketua Pembangkang yang juga merupakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Related Articles