Tiada bukti Kapten Zaharie punca nahas

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan Zaharie sengaja menjatuhkan pesawat tersebut.

Menurut beliau, perkara itu turut disokong oleh Biro Ke­selamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengemukakan teori iaitu pesawat terbang tanpa kawalan ketika terhempas di laut.

“ATSB yang mengetuai pasukan pakar antarabangsa dalam operasi di kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer (km) persegi telah mengeluarkan teori uncontrolled ditch dan ia berdasarkan pandangan oleh pakar yang terlibat dalam operasi ini.

“Tiada sebarang bukti kukuh untuk mengatakan juruterbang sengaja menjatuhkan pesawat ke selatan Lautan Hindi dan ini jelas bertentangan dengan dakwaan yang dilaporkan media Australia,” katanya di Putrajaya pada Khamis. – Kosmo! Online

Related Articles