Tiada ahli UMNO Johor keluar beramai-ramai

 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata UMNO bukan parti baharu dan pelbagai cabaran sudah dilalui.

“Kita apa pun kita terimalah, kita (UMNO) bukan parti setahun dua, kita wujud sebelum merdeka dan macam-macam cabaran sudah kita hadapi.

“Kita boleh lihat di Johor, apapun yang berlaku tidak ada keluar beramai-ramai atau letak jawatan beramai-ramai,” katanya memetik laporan BH Online, pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas penubuhan parti baharu oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa ramai dalam kalangan penyokongnya adalah bekas ahli UMNO, selain ramai yang ingin menyertainya tetapi belum bersedia menyatakan sokongan secara terbuka. – BH Online

Related Articles