15
Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata amalan sedemikan bukan sahaja tidak beretika tetapi juga tidak profesional dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat Thailand selain melanggar tradisi mereka.
“Didapati sesetengah media asing yang utama telah melaporkan maklumat salah dan dakwaan yang bersifat manipulatif serta provokatif,” katanya.
Kemangkatan Raja Bhumibol, 89, sebagai raja paling lama memerintah pada Khamis mendapat liputan meluas daripada pertubuhan media antarabangsa.
Kementerian tersebut meminta agar amalan laporan sedemikan tidak lagi dilakukan.— Bernama