Terima kasih Ridzuan buat pemandu lori

Heng Oon, 57, yang merupakan seorang pemandu lori di Perlis, telah berbuat demikian selepas menerima berita berkenaan daripada jurulatih pertama Ridzuan, Affizam Amdan.

Hakikatnya kejayaan yang dikecapi Ridzuan dalam acara pecut 100 meter T36 (cerebral palsy) di Paralimpik Rio 2016 menjadi sebab Heng Oon berasa gembira dan bangga.

Memetik laporan Sin Chew Daily, Heng Oon telah membelikan Mohamad Ridzuan sepasang kasut apabila mengetahui bahawa beliau tidak mampu untuk membeli kasut baharu apabila dipilih menjadi atlet negara tujuh tahun lalu.

Semasa di Rio, Mohamad Ridzuan, 29, telah memberitahu media tentang penghargaannya kepada Heng Oon.

Menurut Affizam, 45, seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, dia telah pergi ke Gunung Medan Utan Aji di Kangar pada 18 September lalu, tempat di mana Mohamad Ridzuan selalu berlatih untuk mengucapkan terima kasih kepada Heng Oon.

“Kemudian saya beritahu isteri saya, tetapi pada mulanya dia tidak percaya.

“Satu hari, Affizam memberitahu saya bahawa dia sedang mencari seseorang untuk menaja sepasang kasut sukan bernilai kira-kira RM200 kerana Ridzuan tidak mampu membeli kasut baharu selepas kasut lamanya tidak boleh digunakan,” imbas Heng Oon.

Tidak lama selepas itu, Affizam memberitahunya bahawa anak muda muda itu telah dipilih untuk menjadi atlet negara, lapor mStar Online.

Related Articles