Terdapat gerakan pancing ahli UMNO sertai parti Tun M

Perkara berkenaan diakui oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Zainal Abidin Osman hari ini dalam sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran mesyuarat UMNO Bahagian Tasek Gelugor.

Susulan daripada itu, beliau mengharapakan agar mereka yang terlibat itu tidak mudah terpengaruh dengan ajakan berkenaan sebaliknya menumpahkan taat setia kepada parti Melayu berkenaan.

“Daripada analisa kita, belum ada ahli atau pemimpin kita yang berpaling tadah, namun kita tidak boleh memandang ringan perkara ini dan berjanji akan memantau situasi berkenaan sepanjang masa.

“Justeru, kita tidak boleh terus angkuh dan berasa selesa dengan kedudukan kita pada masa ini dan usaha mendampingi rakyat perlu terus dilaksanakan dengan berkesan,” katanya memetik laporan Berita Harian Online.

Related Articles