TERAS dalam proses dibubarkan

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas berunding dengan anggota-anggota jawatankuasa kerja pusat.

“Sebab-sebab bagi pembubaran parti ialah TERAS ditubuhkan untuk parti-parti mesra BN di bawah konsep campur BN tetapi memandangkan pilihan raya negeri baru berakhir, tiga daripada wakilnya bertanding sebagai calon langsung BN dan dua digugurkan.

“Apabila mereka bertanding (pilihan raya), mereka berikrar untuk menyertai parti-parti komponen BN sahaja. Oleh itu, sekarang mereka tidak boleh kembali kepada TERAS.

“Justeru, TERAS telah selesai memanfaatkan tujuan penubuhannya dan tiada guna lagi untuk terus menjadi sebuah parti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei lalu, bekas presiden TERAS, Tan Sri William Mawan, penyandang bagi Bekenu, Rosey Yunus dan penyandang bagi Batu Danau, Paulus Gumbang ialah antara calon langsung BN yang menang.

Mereka yang digugurkan ialah Nansian sendiri dan Datuk Sylvester Entrie Muran.

Nansian berkata adalah lebih mudah bagi ketiga-tiga calon langsung itu untuk memutuskan mengenai parti komponen BN yang hendak disertai mereka.

Beliau berkata anggota TERAS, terdiri lebih 20,000 orang, boleh menyertai mana-mana parti komponen BN pilihan mereka sendiri. – Bernama

Related Articles