18
Jurucakap pusat kawalan Tentera Barat Mindanao, Mejar Filemon Tan Jr berkata, mereka masih belum mengesahkan mengenai insiden yang dilaporkan berlaku di Darvel Bay di Pulau Bodgaya di Semporna.
Dilaporkan tiga lagi warga Filipina ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia mengenai kumpulan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.
Dalam pada itu, identiti atau pakatan suspek masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun setakat ini hanya kumpulan militan Abu Sayyaf yang melakukan pencerobohan di Malaysia bagi mendapatkan mangsa untuk diculik. – Philippine Daily Inquirer/Asia News Network