Tempoh reman wanita disyaki abai kanak-kanak dilanjutkan

Perintah reman bermula esok sehingga Rabu ini dikeluarkan terhadap wanita berusia 36 tahun itu setelah tempoh reman terdahulu selama empat hari berakhir hari ini.

Majistret Tan Chai Wei mengeluarkan perintah itu di Mahkamah Majistret Tampin hari ini.

Terdahulu, seorang ibu muda dilaporkan mengurung dan meninggalkan anak lelaki bongsunya yang baru berusia tiga tahun di sebuah rumah sewa di kampung tersebut demi menutup rahsia kanak-kanak itu merupakan anak luar nikah.

Bagaimanapun, kes berkenaan bertambah rumit apabila polis menerima satu maklumat baharu berhubung status kanak-kanak tersebut.

Related Articles