20
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perubahan itu ekoran ralat teknikal yang disahkan dan disemak oleh Panel Falak JAKIM yang meneliti semula data bulan Zulhijjah.
“Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21 September kepada 22 September 2017,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.