Tangan budak cedera tersepit mesin pemerah santan

Ketua Balai Bomba Gemas Syed Ammar Syed Abas berkata anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin pemerah santan itu.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.16 pagi tadi dan sampai ke tempat kejadian 30 minit kemudian dengan kekuatan enam anggota.

“Sewaktu sampai di lokasi, kami dapati tangan mangsa dari jari ke lengan telah tersepit di mesin pemerah santan dan sebaik sahaja tangannya berjaya dikeluarkan, mangsa terus dihantar ke hospital berdekatan,” katanya kepada Bernama.

Syed Ammar berkata, keadaan tangan mangsa cedera tetapi tidak putus. – Bernama

Related Articles