Tanam, jual, eksport Ketum haram – Zahid Hamidi

by SM Amin

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN berkata keputusan tersebut telah dibuat dan disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini kerajaan putuskan tidak izinkan (pokok ketum) ditanam secara komersial, diedarkan dan digunakan kerana keburukannya lebih banyak.

“Kita telah dapat input secara saintifik, daun ketum ini ada unsur-unsur kebaikan tapi lebih banyak unsur-unsur tidak baik jika digunakan iaitu boleh menyebabkan ketagihan dan menimbulkan penyakit tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di ibunegara hari ini.

Sehubungan dengan itu beliau berharap semua pihak menghentikan polemik penanamam ketum yang jelas memberi lebih banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan berbanding kebaikan.

Bagaimanapun, kata Ahmad Zahid, kerajaan membenarkan penggunaan daun ketum untuk kajian perubatan secara saintifik.

RISDA sebelum ini berhasrat untuk mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk melaksanakan projek penanaman pokok ketum secara berskala besar bagi memenuhi industri farmaseutikal dari negara luar, yang mana usaha itu juga boleh mendatangkan keuntungan tinggi kepada pekebun kecil.

Related Articles