Tanah runtuh: 2 keluarga diarah pindah

Dalam kejadian pukul 2.24 petang itu, dua buah rumah mangsa yang terletak di lereng bukit mengalami hakisan teruk dan didapati tidak selamat untuk diduduki terutamanya dalam musim hujan ketika ini.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, seramai 13 mangsa membabitkan dua keluarga terpaksa diarah berpindah selepas pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Menurutnya, dua buah rumah itu terletak di lereng bukit dengan kecuraman 85 darjah dan ketinggian 30 meter.

“Apabila tiba di lokasi pasukan penyelamat dapati bilik air salah sebuah rumah telah runtuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Related Articles