Tan Sri Shahrir Samad dilantik Pengerusi Felda yang baru?

Menurut sumber yang dihubungi Smasa News, mesyuarat pengurusan FELDA akan diadakan pada 5 Januari depan dan Isa dijangka akan membentangkan kerangka peralihan tugas pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Jelasnya, FELDA ketika ini masih lagi dalam proses pembelian 37 peratus ekuiti dalam syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) dan sebarang pertukaran Pengerusi FELDA pastinya akan menjejaskan dan menimbulkan permasalahan kelak.

“Tan Sri Isa kini sibuk dengan jelajah di 316 kawasan rancangan FELDA untuk beri penerangan pembelian Eagle. Perkara ini kena diselesaikan dahulu.

“Proses peralihan mungkin seperti Datuk (Mohd) Emir (Mavani Abdullah) yang dilanjutkan tempoh selama enam bulan sebagai Presiden FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) sebelum diganti Datuk Zakaria Arshad untuk menyelesaikan segala yang dirancang sebelum itu,” katanya.

FELDA sebelum ini menegaskan nilai urus niaga pembelian ekuiti itu pada harga US$505.4 juta (RM2.26 bilion) merupakan pelaburan dan pembiayaan sendiri serta merupakan nilai yang lebih baik berbanding transaksi lain melibatkan syarikat minyak sawit Indonesia, baru-baru ini.

Isa dilantik sebagai Pengerusi FELDA berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.

Related Articles