Tamrin Ghafar pula tidak mahu terlibat dengan BERSATU

Tamrin dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain itu, beliau juga telah menarik diri daripada Sekretariat Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, dua keputusan tersebut dibuat setelah memikirkannya dengan teliti.

“Keputusan ini adalah muktamad dan berkuat kuasa hari ini,” kata Tamrin.

Katanya, buat masa ini beliau tidak menyertai mana-mana parti politik selepas keluar daripada PAS pada 2014.

Muhyiddin pada 9 Ogos lepas menyerahkan permohonan bagi mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya. –Bernama

Related Articles