Tambang percuma laluan LRT Kelana Jaya selama 3 hari

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PRASARANA, Datuk Azmi Abdul Aziz, mengumumkan perkara itu dalam sidang media di ibu negara pada Jumaat.

Beliau berkata, langkah itu adalah sebagai menghargai kesabaran pengguna yang berdepan kesulitan berikutan gangguan perkhidmatan itu pada Rabu lalu dan pagi tadi.

Terdahulu perkhidmatan tren LRT, laluan Kelana Jaya tergendala selama hampir sejam pagi tadi berikutan gangguan teknikal di Stesen Jelatek ke Stesen Damai.

Gangguan perkhidmatan yang berlaku menyebabkan penumpang yang kebanyakannya dalam perjalanan ke tempat kerja terkandas dan terpaksa berjalan kaki di atas trek LRT memandangkan tren tidak berfungsi.

Related Articles