Taman Laut Sultan Iskandar terima poskod khas baru

Selain pengenalan poskod khas 86888, Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) turut memperkenalkan produk baharu dan perkhidmatan termasuk peti pos darat, cap tarikh dan poskad khas yang mempamerkan keindahan TLSI.

Sultan Ibrahim tiba di Pulau Besar menaiki bot laju milik Baginda, jam 10.30 pagi diiringi Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Sultan Ibrahim kemudian berkenan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Informasi dan Perkhidmatan Taman Laut Sultan Iskandar.

Baginda kemudian meluangkan masa kira-kira setengah jam bersantap di Pulau Besar sebelum meneruskan jelajah ke Batu-Batu Resort di Pulau Tengah melawat Pusat Penetasan Penyu sebelum menyempurnakan gimik pelepasan penyu. –BH Online

Related Articles